i-LEAD KBS bersama One Win Resources
- Mazlan B. Ismail
- Oct 22, 2023
- 1 min read
Bengkel High Impact Presentation anjuran Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti (BIJAK) i-LEAD telah berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober 2023 bertempat di di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras Kuala Lumpur.
Bengkel ini dilaksanakan hasil daripada kolaborasi i-LEAD bersama One Win Resources yang menampilkan penceramah iaitu Encik Mazlan bin Ismail, Pengarah Urusan One Win Resources dan Encik Ahmad Faiz bin Azmin, Pengarah Media Grafik One Win Resources.
Seramai 37 orang peserta yang merupakan pegawai media mewakili Kluster, Bahagian, Kem Wawasan Negara, wakil dari Bahagian Kewangan KBS, dan Bahagian Khidmat Pengurusan KBS telah hadir ke bengkel ini.
Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk menyediakan platform kepada para pegawai dalam menambah kefahaman berkaitan tatacara komunikasi yang berkesan, penyediaan alat bantuan pembentangan yang lebih kreatif dan seterusnya peserta dapat menguasai gaya komunikasi pembentangan yang berimpak tinggi.
Setiap pengisian modul canva yang diketengahkan dalam bengkel ini boleh diaplikasikan oleh setiap peserta apabila kembali ke lapangan kerja masing-masing, yang akhirnya dapat melahirkan pegawai yang kreatif dan boleh berada diluar kebiasaan, contohnya dalam penyediaan slaid presentation yang menarik dan memberi impak kepada pendengar.
YBhg. Dato’ Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) i-LEAD telah menyempurnakan Sesi Penutup dan Penyampaian Sijil Bengkel High Impact Presentation.














留言