KURSUS TEKNIK ANALISIS DATA(MS EXCEL) UNTUK STAF AKADEMI AUDIT NEGARA 26-28 OGOS, 2025
- Mazlan B. Ismail
- Nov 3, 2025
- 2 min read
“Ilmu Excel bukan sekadar
kemahiran, ia adalah kuasa
untuk mentransformasi kerja
dan keputusan”
Kursus ini bertujuan untuk memberikan peserta kemahiran analisis
data menggunakan Microsoft Excel. Peserta akan mempelajari teknik
analisis data yang efektif, termasuk penggunaan formula canggih,
fungsi statistik, dan pembuatan laporan analisis yang berkesan.
Hasil Pembelajaran
Kemahiran Analisis & Strategi
Peserta akan dapat:
Melaksanakan analisis logik dan statistik asas untuk mengenal pasti trend,
corak, dan hubungan dalam data.
Menggunakan formula dinamik seperti FILTER, UNIQUE, dan XLOOKUP untuk
analisis lanjutan.
Menyusun laporan analisis yang menyokong keputusan strategik organisasi.
Menilai keberkesanan analisis melalui kajian kes dan pembentangan
kumpulan.
Automasi & Kecekapan
Peserta akan dapat:
Memahami asas pengautomatan dalam
Excel melalui pengenalan kepada Macro.
Merancang aliran kerja analisis data yang
lebih efisien dan berulang.
Mengurangkan kesilapan manual melalui
penggunaan formula dan automasi.
Biodata Penceramah
En. AZIZOL BIN DURALIM, Seorang pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Kolej
Komuniti Jempol, berkelulusanTertinggi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
dan berkidmat di Kolej Komuniti Jempol, Kementerian Pendidikan Tinggi, Taman
Industri Mahsan, 72100 Bahau, Negeri Sembilan.
Kepakaran(bidangceramah)
a)Aplikasi perisian pejabat seperti aplikasi pemprosesan perkataan, lembarankerja,
pembentangan secara atas talian dan offline (level asas hinggalanjutan)
b)Pembangunan aplikasi rekod kehadiran pelajar (Platform Microsoft Excel)
c)Aplikasi pembangunan blog dan customization blog as a webpage, landingpage,
squeeze page dan professional web.
d)Aplikasi, setting dan customization untuk Multi
Camera Production secaraatas talian dan juga
offline.
e)Aplikasi Webinar dan Live streaming
f)Aplikasi Google Apps, Web 2.0 dan web 3.0
secara atas talian
g)Aplikasi Media Social sebagai medium
keusahawanan, pengurusanpentadbiran dan
sebagainya.
Sejak 2004 terlibat sebagai penceramah kursus
pendek seperti kursus IT, MS Excel, dan kursus
Microsoft yang dilaksanakan di Kolej Komuniti.
Terlibat secara aktif sebagai konsultansi
pembangunan sistem bagi Jabatan Agama Islam
Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri
Sembilan, Majlis Sukan Negara dan Pusat Latihan
AADK



































Comments